Tuesday, April 21, 2009

Koleksi Terkini







Keluarga Bahagia




Tumbuhan Herba dan Kegunaannya


Pokok Ati-Ati


Nama saintifik:Coleus blumei Benth

Warna merah pada daun pokok ini adalah disebabkan oleh kehadiran sejenis sebatian yang disebut sebagai Antosianin.Daun pokok ini digunakan untuk mengubati penyakit darah tinggi dan juga luka.Kajian secara saintifik telah dijalankan terhadap pokok ini.Pokok ini dilaporkan mengandungi minyak pati atau minyak meruap.Darah tinggi boleh diubati secara tradisional dengan menggunakan daun pokok ati-ati.Ambil beberapa helai daun pokok ini dan rebus selama empat hingga enam jam.Biar sehingga air rebusannya menjadi pekat.Minumlah air ini setiap hari.Daun pokok ini boleh digunakan sebagai ubat luka.Ambil beberapa helai daun yang tua dan tumbuk sehingga lumat.pupuk hasil tumbukan ini ke atas luka dan ulangi beberapa kali sehingga luka itu sembuh.

Guru Berkesan

Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:

· Bersikap profesional.
· Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
· Kaya ilmu.
· Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
· Bermoral teguh.
· Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
· Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
· Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
· Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
· Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik
unggul pada setiap masa.
· Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
· Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu,
berpersonaliti sihat dan serba boleh.
· Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
· Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral,
berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
· Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
· Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
· Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki? Atau sekurang-kurangnya sebahagian besarnya telah kita amalkan dalam diri peribadi mahu pun dalam organisasi? Tetapi yang nyata masih ramai atau sebahagian besar dari kita amat kurang memiliki ciri-ciri tersebut. Jadi bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran dan pembelajaran yan berkesan dan seterusnya sekolah berwatak dan sekaligus pendidikan cemerlang?

Untuk menjadi guru berkesaan kita perlu berubah. Kita perlu menganjak paradigma, kita perlu melakukan lonjakan quantum dengan merobah dan meruntuh tembok penghalang yang pertama dan utama iaitu Menolak Perubahan (Resist Change). Ken Blanchard, pengarang buku "The One Minute Manager" menyatakan bahawa kita lumrahnya liat dan sukar menerima perubahan. Beliau menyatakan bahawa;

· Bila memikirkan perubahan kita sering fikirkan perkara-perkara yang kita kena kepaskan, bukan kepada perkara-perkara yang akan kita dapat .
· Setiap orang mempunyai toleransi yang berbeza terhadap perubahan kendatipun kepada mereka yang memiliki tahap toleransi yang tinggi akan ada satu titik di mana perubahan tidak berupaya ditanggungi.
· Selali pun perubahan telah berlaku kita secara fitrahnya mahu meletakkan perkaarap-perkara kembali kepada keadaan asalnya.

Tip Hadapi Peperiksaan

Persediaan yang rapi harus dilakukan oleh pelajar di ambang peperiksaan. Setelah hampir 6 tahun anda menantinya kini hanya beberapa hari lagi untuk menemuinya. Kekuatan mental harus ada pada diri anda demi untuk menghadapi peperiksaan secara lebih berkeyakinan.

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN

1. Jangan memikirkan perkara-perkara lain yang boleh mengganggu fikiran dan ketenangan diri.
2. Jangan membuat anggapan yang peperiksaan itu susah.
3. Jangan terlalu memikirkan tentang masalah yang mungkin ditemui sewaktu berhadapan dengan kertas soalan peperiksaan.
4. Jangan memikirkan tentang kegagalan yang mungkin menimpa anda selepas peperiksaan.
5. Jangan takut pada peperiksaan.
6. Jangan membuat perbandingan kebolehan diri anda dengan rakan yang lain.

PERKARA YANG HARUS DILAKUKAN

1. Tumpukan sepenuhnya fikiran anda terhadap pelajaran.
2. Anggapkan peperiksaan itu hanyalah menguji sesuatu yang telah anda baca dan ketahui.
3. Anggapkan segala soalan yang terdapat di dalam kertas soalan itu adalah soalan-soalan yang pernah anda jawab dalam peperiksaan-peperiksaan yang lepas.
4. Bayangkan kejayaan yang akan anda alami serta keseronokan yang anda kecapi bersama ayah dan ibu ketika menerima keputusan peperiksaan.
5. Anggapkan peperiksaan itu sebagai tiket untuk melangkah mercu kejayaan. Anggapkan diri anda sama seperti orang lain. Orang lain boleh kenapa diri anda tidak boleh!

Kisah Teladan

1001 Kisah Teladan

KUBUR BERKATA-KATA

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :- 1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a) 2. Hasan (anak Fatima r.a) 3. Husin (anak Faimah r.a) 4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)." Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :- 1. Hendaklah ia menjaga solatnya 2. Hendaklah dia bersedekah 3. Hendaklah dia membaca al-Quran 4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya. Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :- 1. Jangan berdusta 2. Jangan mengkhianat 3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini) 4. Jangan kencing sambil berdiri Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini. Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya." Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

Kenangan Silam










a

Laksa Johor

Laksa Johor
Sumber: Aneka Hidangan Mi Alaf 21

Bahan-Bahan:

Bahan Kuah:
600 gm isi ikan tenggiri (direbus & dikisar)
2 liter air rebusan ikan
1 sudu besar pes udang
1 sudu kecil cili kisar
2 batang bunga kantan
2 tangakai daun kesum
2 keping asam gelugur
4 ulas bawang merah (dikisar)
Sedikit halia (dikisar)
600 gm laksa (direbus)
1 biji timun (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 tangkai daun salad (dihiris)
1 batang bunga kantan (dihiris)
1 tangkai daun kesum (dihiris)

Cara:

Masukkan semua bahan kuah ke dalam periuk. Masak hingga mendidih & kuahnya pekat. Masukkan laksa ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Kemudian bubuhkan sayur-sayuran.

Nasi Tomato

Nasi Tomato
Sumber: Buku Resipi Selera Perantau


Bahan-Bahan:
2 ulas bawang putih3
ulas bawang merah atau
1 labu bawang besar
½ cawan minyak sapi
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ½ cawan air
2 kuntum bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis
2 cawan beras¾ cawan tomato sos

Cara:
Goreng bawang putih dan bawang merah dalam minyak sapi hingga kuning.
Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
Apabila naik baunya masukkan beras dan gaul rata. Tuangkan air dan garam,
biarkan hingga mendidih. Bila sudah kering, masukkan tomato sos. Angkat dan
hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, bawang besar yang dihiris bulat
dan daun bawang.

Monday, April 20, 2009

Pesan Nenek Moyang

Kalau kamu marah,
keluarkanlah amarahmu sepuas-puasnya agar tidak menyakitkan mindamu....

Kalau kamu sedih,
keluarkanlah air matamu jika itu dapat melegakan kesedihanmu....

Kalau kamu benci,
keluarkanlah kebencianmu agar tiada lagi rasa kebencian itu....

Kalau kamu gembira,
keluarkanlah kegembiraanmu dan ketawalah sepuas-puas hatimu....

TAPI INGAT........................!!!!!!!!!!

Kalau kamu malu....
JANGAN SEKALI-KALI MENGELUARKAN KEMALUANMU...!!
KELAK BINASA DIRI!!!